Assalamualaikum wbt....
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'
"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"
credit to..
[Shahidan Shaarani]
Unit Media Semarak Ramadhan 1432H
IKRAM Johor
kene belajar tidur awal~~
6 comments:
menarik. thanks for sharing liyana. :)
salam ramadhan liyana :)
masyaallah..
tips yg sama telah ana amalkan sjak 2tahun lalu
smoga istiqomah dlam amalan, ada pepatah ulama` mngatakan "1 amalan istiqomah lebih baik dari 1000 karomah"
..wallahu a`lam..
selamat beramal dan jangan lupa fahamkan bait-bait ayat yang dibaca,bukan warkah yg dikejar tetapi intipati yg difahami..
hehe,peace...
kalau perepmuapn kena baca lebih sikit sehari sebab ada waktu2 tertentu..hehe..=)
semoga sama2 dapat melakukan ibadah denga tenang dan ikhlas..=)
atok suka! terima kasih liyana sebab berkongsi...
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
selamat berpuasa buat sahabat,
Semoga kita dapat istiqamah dan
Allah permudahkan kita semua
untuk beramal di bulan mulia
penuh barakah ini...
Post a Comment