Monday, August 13, 2012

dedikasi raya untuk bro~~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam..
Menemui abangku yang kini berada di Johor Bharu..
semoga sihat-sihat sahaja..kami di sini doakan..
di sini..adik mu Nur Liyana beserta abah ,mama dan adik ingin mengucapkan
'Selamat Hari Raya' untuk raya yang bakal tiba..

Sedih rasa di hati kerana ini adalah kali pertama kita tidak dapat beraya bersama-sama..
sedih juga kerana tidak dapat memohon maaf kepadamu di pagi raya..
sedih juga kerana  tidak dapat mengukirkan senyuman manis untuk bro di pagi raya..
sedih juga kerana tidak dapat duit raya daripadamu pada tahun pertama kamu berkerja..lol..=.="

Mama juga insyaALLAH bakal menitipkan biskut dan baju raya kepadamu esok ataupun lusa..
tanda rindu kepada anaknya yang suluung barangkali..

Sebak juga bila memikirkan tidak dapat beraya bersama..
hanya mama abah dan adik sahaja..
sudah hampir 21 tahun kita raya bersama..
namun tidak pada tahun ini..
hmmm
tidak mengapalah..mungkin pesakit-pesakit di hospital itu lebih memerlukan mu di pagi raya..

di saat mengarang ucapan raya ini..adik mu ini baru sembuh dari demam..
skang tinggal batuk-batuk sahaja..tidak tahu kenapa..
doakan semoga adikmu ini cepat sembuh agar dapat menyambung tugasnya mengemas rumah..

sekian wasalam...

warkah online ini adik mu akhiri dengan ucapan
'Selamat Hari Raya buat Abang Kandungku Dunia Akhirat'
Semoga Happy dan Sihat sokmo..=)


p/s
:merata-rata carri kad raya..tapi xdop orang jual...nk hantar sms terlalu panjang..so,ku coretkan sahaja di blog ini agar kamu membacanya..hihi..:)

maafla kalau ayatnye tunggang langgang..
dah lama x buat karangan..huahaha..

4 comments:

Titisan Hujan said...

ala..sweet je.ni thn keberapa ntah akak xdpt beraye dgn abg2 akak.sllu beraya dgn adik je..

ejulz said...

waaa.. sedihnya.. x dpt cuti ek?

liyana said...

titisan hujan..

hehe akak..ni first time x brye ngn abg

liyana said...

ejulz..
aah abg x dpt cuti..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...